Popular Posts

Jumaat, 7 Januari 2011

Antara anjing dan awekmu....


Antara anjing dan awekmu

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yang tak kena saja?
ANJING : Aku tengah tension ini. mahu
saja aku gigit
manusia tadi.
LEMBU : eh? Kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia
lelaki
dan perempuan yang sedang berkepit.
tiba-tiba si lelaki terperanjat dan
terus melompat
dan berkata "hoi anjing, pergi
jauh-jauh, najis !
LEMBU : Ya, lah. anda kan haram. Najis
tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pun,
kalau dia
tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa?
Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yang bukan
mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih
dahsyat kenajisannya daripada
memegang anda anjing, malah tak boleh
suci sekalipun
disamak.
ANJING : Wah.. ayat anda memang power
lah... manusia
kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada
ibnu majah menyatakan bahawa

"Bergomolan dengan bab* (khinzir) itu
adalah lebih
baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang
bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi
bertujuan syahwat) adalah berdosa
dan wajib bertaubat (bagi membersihkan
dosa).
Sedangkan menyentuh anjing
tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci
(bukan
bertaubat). Menyentuh anjing
bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan
mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang
maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada
menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya.
(Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi)

"?Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama
orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah
orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9)
Kesimpulan: Lebih baik pegang anjing
daripada
pegang orang yang bukan
mahram...... sentuh anjing boleh samak
tapi sentuh
org bukan mahram...
mandi wajib pun tak boleh nak
menyucikan.......

Tiada ulasan: