Popular Posts

Ahad, 10 April 2011

Saat-saat Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim...
sudah seminggu nenek(tok)kembali ke rahmatullah,,terasa sekejap masa berlalu kita di dunia ini.Suka dan duka bersama tok selama ini,senyumannya,nasihatnye,tetap menjadi kenangan.pada minggu lepas di khabarkan tok masuk wad di Hospital Jitra,,niat di hati hujung bulan empat baru nak pulang ke kedah,tapi hati tergerak untuk pulang menziarahi tok yang sakit,,kepulangan pada hari sabtu pagi ke jitra.Agak petang ku menziahi tok yang terlantar di atas katil,sayu melihat tok,terfikir pula macam mana keadaan diri ini bila tua nanti,,ALLAH.rasa betuah pada diri kerana sebelum pemergiannya berkesempatan memberi makan ubat dengan menggunakan saluran sahaja.
Agak petang selepas solat asar kami pergi menghantar adik balik kesekolahnya di Yan,,dalam perjalanan pulang selepas maghrib,,adik ku dapat satu panggilan dari rumah..khabarnya tok dah xda,,sudah kembali ke rahmatullah,,dengan tiba-tiba air mata membasahi pipi,,sampai di bandar darul aman,singgah sekejap ambil mak cik dan Hada yang datang dari KL.Tibanya kami di rumah sanak saudara terdekat sudah ada..aku dan adik terus pergi melihat tok,rasa macam tak percaya tok dah tak da tapi tulah hakikatnya=(
Lepas solat Isya' kami membaca Al-Quran bersama sanak saudara dan orang yang menziarahi juzuk berjuzuk,lelaki mereka membaca tahlil pula.Agak dah lewat ramai yang dah pulang..malam tu kami adik beradik perempuan tidur sebilik dengan jenazah tok buat kali yang terakhir.Pada seawal pagi mak dan ayah pergi ke pondok memberitahu kematian tok,jam 8 pagi sanak saudara sudah datang,yang semalam juzuk belum di baca terus di sambung dan orang makin ramai.Dalam jam 10 keatas arwah tok dimandikan dan dikapan,,inilah pelung terakhir utk melihat wajah tok..kami menabur wangian pada tok dan akhir kali kami mengucup dahi tok..kita tidak boleh menitiskan air mata diatas jenazah,,alhamdulillah tika itu air mata ku tidak mengalir..selepas ku kucup dahi tok ku lari kebelakang masa tulah air mata mengalir tak boleh tahan lagi dah,,,(T___T).
Dulu aku teringin sangat......snagat.....sangat...sangat....nak dengar orang baca talkin depan mata,AKHIRNYA,,,,,,,,dapat juga.Selesai solat jenazah di masjid Fatimah jenazah di bawa ke tanah perkuburan.sampai di sana terlihat abang,adik lelaki mengambus Tanah,selesai mereka pun membaca talkin yang ku nanti-nantikan,,bukan hanya untuk suka-suka dengar,tapi untuk diri yang masih hidup ni,sebagai pengajaran dan pengalaman.Terasa macam mana keadaan dalam alam barzah ye?bila melihat dunia ini terfikir macam mana di alam kubur?yang tiada sapa-sapa bergantun dengan amalan kita sahaja yang dapat menerangi dan teman kita disana. sebagai makhluk yang bernama manusia seperti aku ni selalu terlalai dengan dunia bersifat sementara ini,,kadang-kadang terleka,tersedar,tapi cuba berusaha untuk kehidupan yang diredhoi-Nya..belajar sikit-sikit menghadiri majlis ilmu disurau-surau..maklum jela di tempat orang tak tahu sangat.akhir kalam semoga arwah Wan Sepiah binti(ibnu) Wan Hajar ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Wan Sepiah binti Megat Yahya hanya untuk di dunia.Al-Fatihah!!
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Tiada ulasan: