Popular Posts

Sabtu, 12 November 2011

Graduasi Tahfiz Fitrah

Assalamualaikum wbt,, sudah lama tidak mengupdate blog ini,hanya ziara sahaja.Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan kesihatan yang baik,dan dipermudahkan lagi majlis gilang-gemilang Graduasi Tahfiz Fitrah dengan jayanya pada tahun ini. Namun sedar tidak sedar tahun 2011 hanya tinggal sebulan sahaja lebih kurang akan melabuh tirainya dan juga diri ini dah setahun bersama Tahfiz Fitrah yang tercinta ini.Majlis berjalan lancar pada paginya mula menghias pentas dan dewan,sebelah petangnya majlis bermula pada jam 2.00ptg-5.00ptg. persembahan daripada pelajar-pelajar amat teruja,bermacam-macam gelagat,celoteh menghiburkan hati para penonton tidak ketinggalan juga Ibu bapa mereka sendiri.
bersama pelajar tahun empat(transit Tahfiz Fitrah)yang mengambil bahagian dalam majlis ni,dari kiri adik Harith,Akif,Suhail,Asyraf Asnawi. Bermulanya majlis dengan perarakan masuk pelajar graduasi seterusnya bacaan ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh adik Asyraf Asnawi(transit Tahfiz Fitrah)kemudian Ustaz Mohd Hilmi pengetua tadika dan transit(Fardhu Ain)Tahfiz Fitrah memberi ucapan sepatah dua kata dan diikuti oleh ustaz Hj Subri Hj Arshad mudir Ma'had Adda'wah Al-Islamiyah memberi ucapan perasmian. Majlis graduasi di teruskan dengan persembahan pelajar-pelajar Tahfiz Fitrah dari umur (3) tahun sehingga (10) tahun.tidak ketinggalan juga anak didik ku Tahun tiga yang mengambil bahagian dalam nasyid InsyaAllah-Maher zain =)
Pelajar-pelajar darjah (2) dan (3)nasyid Insya Allah-Maher Zain-
bersama Dini dan Alia. Akhir majlis Guru-guru tadika Tahfiz Fitrah menyampaikan sijil graduasi sesi 2011,maka Tamatlah pembelajaran pelajar-pelajar (6) tahun di Tadika Tahfiz Fitrah.Tapi tak berhenti di situ sahaja ada sesetengah pelajar akan sambung di cawangan Tahfiz Fitrah iaitu Transit Tahfiz Fitrah(Fardhu Ain)tempat ku mengajar, pelajarnya berumur dari (7)tahun-(11)tahun =>.
Pelajar-pelajar enam tahun menerima sijil graduasi 2011. Akhir kata ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semoga berjumpa kita ditahun depan(2012) insya Allah jika dipanjangkan umur dan masih disini >__<.

Tiada ulasan: