Popular Posts

Selasa, 30 November 2010

ADAKAH ANDA SEDANG BERSEDIH??


Apabila semuanya serba tidak kena, dan
anda tidak tahu apa lagi yang hendak
dilakukan.. ingatlah… anda masih boleh
bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi...

Apabila hidup diselubungi kegelapan,
semuanya silap, carilah sinar itu dari
Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan
tiada sesiapa pun yang mahu mengambil
kisah, ingatlah pada Dia yang tidak
pernah melukakan hatimu kerana Dia Maha
Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu
menumbangkan kudratmu, jangan berputus
asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan
perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti
beban, segala-galanya goyah, bangunkan
semula kota semangat itu dengan
keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung
sedangkan tiada sesiapa di sisi yang
sudi menemani, carilah jalan lurus itu
dari Dia, yang menjadi satu-satunya
panduan hidup.

Apabila orang di sekeliling tidak mahu
mendengar suara dan keluhanmu, jangan
kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda
terperangkap dalam kesempitan, ingatlah
kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila anda dalam kedukaan sedangkan
tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu
seperti tiada penghujungnya, serahkan
dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat
yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukamu dicederakan
lagi, hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama
orang-orang yang sabar.

===

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling
tinggi (darjatnya), jika kamu
orang-orang yang beriman."

(Surah Ali 'Imran 3:139)

Tiada ulasan: